Tajuk Buku: DETIK KELAHIRAN SI
PERMATA HATI – Kisah Benar Pengalaman Ibu Menghadapi Saat Melahirkan Anak
Penulis: Mazneera Zainal
Penerbit: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Harga: RM 20 (Semenanjung Malaysia) / RM 23
(Sabah/Sarawak)
Sinopsis Buku:
Tentu anda
ingin tahu:
- Apakah persediaan sebelum tibanya masa melahirkan anak?
- Bagaimana menghadapi situasi yang tidak dijangka seperti bersalin di
dalam rumah atau kereta sebelum sempat sampai ke hospital?
- Bagaimana melegakan kesakitan semasa menghadapi proses bersalin?
- Bagaimana menghadapi situasi semasa sakit kontraksi?
- Adakah selamat apabila kandungan melebihi 2 minggu selepas tarikh
jangkaan bersalin?
Inilah antara
persoalan yang dikupas di dalam buku ini.
Proses
kelahiran sememangnya penuh warna-warni. Tibanya saat melahirkan, ada wanita
yang terpaksa berjuang sendirian, tanpa suami atau pun ibu di sisi. Ada yang
hampir-hampir melahirkan anak di tempat letak kereta hospital. Ada pula yang
terpaksa melalui pembedahan kerana si ibu sudah keletihan dan denyutan jantung
bayi semakin lemah. Semua pengalaman – resah, gelisah, letih, gembira, sebak,
sedih, ketawa, dikongsikan bersama di dalam buku ini. Ikuti himpunan cerita
ibu-ibu sepanjang proses melahirkan anak dan panduan semasa melahirkan si
permata hati yang sentiasa dinantikan kehadirannya.
Testimoni pembaca:
“Perasaan gementar dan takut sering menghantui bakal-bakal ibu menjelang
hari melahirkan. Buku ini amat menarik
dan sesuai dijadikan panduan bagi membina keyakinan serta fikiran yang positif.
Tahniah kepada penulis! Sekiranya saya bertemu dengan buku ini sebelum
melahirkan bayi saya, InsyaAllah saya berkeyakinan dan lebih menikmati detik-detik
manis kelahiran itu.”
~ Khairunisaa
binti Harun, ibu muda kepada seorang cahayamata ~
“Buku ini memberikan satu lagi
sumber rujukan dan inspirasi secara terperinci kepada para ibu dan bakal ibu
bagi menempuh detik kelahiran yang ditunggu-tunggu selama ini. Buku ini
amat sesuai dibaca oleh semua wanita yang prihatin dengan kehamilan dan proses
bersalin, juga individu yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan
dengan saat kelahiran secara normal dan natural childbirth. Selain menjawab
beberapa persoalan tentang perkara-perkara yang dijangkakan berlaku sepanjang
proses kelahiran, buku ini juga memuatkan pengalaman peribadi sebenar ibu-ibu
yang boleh dijadikan panduan buat bakal ibu.
Alangkah bagusnya jika buku ini diterbitkan lima tahun dahulu semasa saya
melahirkan anak yang pertama. Tidak terlalu lewat rasanya bagi saya dan ibu-ibu
lain memanfaatkan ilmu dan maklumat yang terkandung di dalamnya.”
~ Ruhana
Hidayah bt. Abdul Halim, guru dan ibu muda kepada Haura’, Marwan dan Sameer
~
“Syabas kepada penulis! Usaha yang baik bagi memberi pengajaran kepada ibu-ibu
yang hendak melahirkan anak, tidak kira sama ada anak sulung atau tidak. Ilmu ini perlu dipelajari supaya kita
tahu apa kemungkinan yang bakal ditempuhi di saat melahirkan. Ia penuh dengan
maklumat yang real. Buku ini juga boleh dibaca oleh kaum bapa.
Sekurang-kurangnya mereka dapat ‘merasai’ detik kelahiran zuriat mereka.
Selepas membaca buku ini terasa pula ingin bersalin lagi walaupun saya
telah punya lima anak-anak remaja. Bolehlah dipraktikkan ilmu yang baru
dipelajari!
~ Rohayati
Bakri, ibu kepada lima orang anak ~
Dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran
anda. Atau boleh juga membeli terus dari penulis melalui cara berikut:
1. Buat
pembayaran ke akaun Maybank sebanyak RM 23 (Semenanjung) dan RM 28
(Sabah/Sarawak) à Termasuk kos penghantaran
Nombor Akaun: 16255 3031 861
(MAZNEERA ZAINAL)
2. Maklumkan
tentang pembayaran yang sudah dibuat dengan menghantar SMS ke nombor
016-305 6006
3. Sertakan
sekali alamat untuk tujuan penghantaran